Tuesday, February 21, 2012

Tarikh Pengumuman Keputusan Result SPM 2011


Assalamualaikum dan salam sejahtera
Tentunya sekarang ni calon-calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 dah tak senang duduk, dan berdebar- debar nantikan tarikh keputusan peperiksaan mereka kan? Hehehe :) Berdasarkan maklumat yang Harfiz dapat setelah men'google' mengenai bilakah tarikh pengumuman result atau keputusan SPM 2011, Harfiz akan kongsikan dalam entri kali ini, walaupun ianya tiada kaitan dengan 'perniagaan internet'.



Berikut maklumat yang diperoleh dari sebuah laman akhbar online tempatan berkenaan dengan tarikh jangkaan pengumuman keputusan SPM 2011 :-

Keputusan SPM Dijangka 22 Mac
PETALING JAYA: Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dijangka akan diumumkan pada 22 Mac ini.
"Tarikh berkenaan ada dalam kalendar pengurusan kementerian, namun Majlis Peperiksaan Malaysia akan putuskan tarikh rasminya nanti," kata pegawai Kementerian Pelajaran di sini, Khamis.
Sejumlah 468,808 calon menduduki peperiksaan SPM di 3,533 pusat seluruh negara antara 14 November hingga 14 Disember tahun lalu.

Harap-harap semua calon SPM 2011 bersabar dan terima apa jua keputusan dengan redha ye... :)
Walau bilapun tarikh pengumuman keputusan peperiksaan SPM 2011-Harfiz harap tahun ni lebih ramai yang berjaya dengan cemerlang berbanding tahun-tahun sebelumnya, InsyaAllah!
Salam maju jaya! Klik "Like" dan "Share" dengan rakan-rakan anda.

No comments:

Post a Comment