Perniagaan Internet di Malaysia
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pergh! Agak panjang juga Harfiz tulis kali ini, rasanya cukup dulu setakat ini, diharapkan anda dapat memanfaatkan ilmu ini dan terus 'take action' untuk jana ringgit pertama anda menerusi internet.
Bidang pemasaran dan perniagaan internet di Malaysia semakin berkembang dengan wujudnya pelbagai panduan buat duit online, tips perniagaan internet dan bermacam-macam lagi, sama ada dalam bentuk bertulis (ebook) mahupun video. Ini menyebabkan sekarang ini sudah ramai golongan yang celik mengenai bisnes 'online' di Malaysia ini, Alhamdulillah.
Perkongsian kali ini Harfiz ingin berkongsi mengenai perniagaan internet apakah yang anda boleh lakukan di Malaysia, yakni negara kita sesuai dengan tema blog ini, iaitu blog perniagaan internet. InsyaAllah, Harfiz akan kongsikan beberapa jenis dan model perniagaan internet yang boleh anda mulakan hari ini juga, sama ada yang berbayar ataupun perniagaan internet tanpa modal.

Model/Jenis Perniagaan Internet 1 - Perniagaan Affiliate
Perniagaan internet jenis ini paling terkenal dan mudah dilakukan terutamanya bagi mereka yang baru mula-mula menceburi bidang perniagaan internet. Anda cuma perlu daftar dan promosikan link affiliate anda, dan sekiranya ada yang membeli melalui link anda, anda akan beroleh komisen sebagaimana yang telah ditetapkan oleh penganjur program affiliate tersebut.
Tips Perniagaan Affiliate ( Baca untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perniagaan jenis affiliate ini ):-
-Apa Itu Affiliate -Tutorial Daftar Affiliate

Model/Jenis Perniagaan Internet 2 - Jual Servis atau Perkhidmatan
Jenis perniagaan internet kedua yang anda boleh lakukan di Malaysia ini ialah menjual servis atau perkhidmatan. Perniagaan Internet jenis ini boleh dikatakan agak lumayan sekiranya anda seorang yang mahir dalam bidang perkhidmatan yang anda tawarkan tersebut. Sebagai contohnya, biasanya perkhidmatan atau servis yang sering ditawarkan ialah servis 'design' sama ada fanpage facebook, minisite, salesletter dan sebagainya.
Model/Jenis Perniagaan Internet 3 - Perniagaan Dropship
Perniagaan Internet jenis dropship ini pula lebih kurang sama sahaja dengan perniagaan affiliate, cuma ianya lebih melibatkan produk fizikal berbanding affiliate yang kebanyakkannya disediakan oleh penjual produk digital disebabkan beberapa faktor tertentu terutamanya komisen affiliate yang tinggi. Melalui model perniagaan dropship, biasanya anda boleh menentukan harga jualan produk mengikut kemahuan anda sendiri dan tidak ditetapkan oleh 'supplier' atau pembekal anda.
Baca lebih lanjut mengenai perniagaan dropship:
-Buat duit dengan Dropship
Pergh! Agak panjang juga Harfiz tulis kali ini, rasanya cukup dulu setakat ini, diharapkan anda dapat memanfaatkan ilmu ini dan terus 'take action' untuk jana ringgit pertama anda menerusi internet.
Sekian artikel Harfiz mengenai model dan jenis perniagaan internet yang anda boleh lakukan di Malaysia. Kalau ada apa-apa soalan, sila tinggalkan di ruangan komen di bawah, insyaAllah Harfiz akan cuba jawab sebaik mungkin.
Salam maju jaya! Klik "Like" dan "Share" dengan rakan-rakan anda.
No comments:
Post a Comment