Friday, December 14, 2012

Cara Dapatkan Targeted LIKE dengan MUDAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera, dah lama tak menulis di blog perniagaan internet ni, sibuk dengan pelajaran, perniagaan dropship dan sekarang ni, servis. Alhamdulillah, rezeki Allah :)

Jadi hari ni, Harfiz nak kongsikan teknik nak dapatkan atau tarik targeted like dengan MUDAH seterusnya meningkatkan jualan anda di Facebook.

Formula 'SIMPLE'
TARGETED LIKE=MORE SALES=MORE $$$

Friday, August 24, 2012

Cara Membuat Cup Cake Kek Cawan


Cara Membuat Cup Cake | Cara Buat Cup Cake | Resipi Kek Cawan | Resipi Cup Cake

Assalamualaikum dan salam sejahtera, hari ni Harfiz nak kongsi mengenai satu panduan bisnes cupcake :)
Panduan ini disediakan oleh Puan Shida ( pakar cup cake ) dan juga penulis panduan coklat buatan tangan.

Dalam panduan ini, anda akan diajar mengenai resipi serta cara buat cup cake dan cara memasarkannya di internet secara online mahupun offline sekiranya anda mahu, kalau nak belajar buat cup cake untuk minum petang bersama keluarga tersayang pun takde masalah :)

Jadi ke tak ? Jangan Risau, tengok testimoni dulu, hehehe


Ini hanyalah sebahagian daripada testimoni sahaja, kalau nak tengok testimoni lain, boleh lihat di web ini-->[Link]

Siapa yang perlu mendapatkannya?
Surirumah
Mereka yang berkerja yang ingin menambah pendapatan
Mereka yang meminati bidang bakeri.
Graduan menganggur yang masih mencari pekerjaan.
Mereka yang bakal berkahwin. (Buat sendiri hantaran)
Sesiapa yang berminat...

Sebelum mengakhiri post atau entri kali ini, saya nak kongsi satu resipi senang cara buat cup cake atau kek cawan yang saya perolehi melalui internet, harap bermanfaat untuk anda semua :)

Sumber resipi[ http://www.tiffinbiru.com/2011/06/oreo-cupcakepaling-senang.html ]
BAHAN-BAHANNYA :-)
125 gram mentega
1/2 cawan gula perang @ soft brown sugar
1 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)*
1/2 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)
2 biji telur gred A
1/2 camca teh esen vanilla
5 keping biskut oreo, kisar halus bersama krim dia sekali
Buah strawberry segar, untuk hiasan
Gula manik halus, untuk hiasan

BAHAN BUTTERCREAM :-)
125 gram mentega
70 gram krimwell
80 gram gula ising, ayak
1/2 camca teh esen vanilla
2 camca besar susu pekat manis

CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan oven pada suhu 175C, sedia kan cup untuk cupcake, ketepikan. Dalam mangkuk pemutar, satukan mentega, gula perang, telur, tepung dan esen vanilla. Putar hingga rata dan sebati pada kelajuan perlahan. Kemudian putar pada kelajuan tinggi selama 2 minit. Masukkan oreo yang telah dikisar tadi, putar sebati. Jangan terlebih putar yea.
Isi 1/2 (jika anda ingin sapu buttercream) atau 3/4 penuh dalam setiap cup (jika nak gebu macam mat punya tuu). Buat hingga siap. Bakar selama 10 - 15 minit bergantung pada oven masing2 (mat bakar 15 minit). Sejukkan atas jaringan sebelum dihias dengan buttercream, manik gula dan strawberry tadi.
UNTUK BUTTERCREAM :- Putar semua bahan2 buttercream dengan kelajuan perlahan hingga sebati. Letak pula pada kelajuan sederhana dan putar hingga pekat. Isi dalam piping beg yang diisi nozel bentuk bintang, tabur gula manik dan hias atasnya dengan strawberry

Semoga berjaya!Selamat mencuba ya :)

P/s: Jangan lupa dapatkan panduan lengkap cara buat cup cake di sini--> [Link]
P/s/s: Jangan lupa klik 'SHARE' :)

Thursday, August 23, 2012

Gambar Perkahwinan Ustaz Don dan Husna

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :)
Masa 'online' di facebook tadi, Harfiz ternampak satu gambar kahwin Ustaz Don dan pasangannya, Puan Husna, tak tahulah daripada sumber mana, tapi insyaAllah boleh dipercayai, jadi Harfiz nak kongsi dengan sahabat pembaca blog perniagaan internet ni semua :)

Alhamdulillah, nice! :D


Gambar Nikah Ustaz Don Daniyal | Ustaz Don Kahwin | Majlis Kahwin Ustaz Don dan Puan Husna | Ustaz Don Daniyal Kahwin Muda

Jom sama-sama SHARE! :)

p/s: BarakAllahu lakuma wabaraka 'alaikuma wajama'a baina kuma bilkhair.:)




Friday, August 17, 2012

Tarikh Hari Raya Puasa dan Aidilfitri Syawal 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera, mesti anda dah tak sabar menantikan pengumuman rasmi tarikh hari Raya Aidlifitri 2012 atau Hari Raya Puasa tahun ni kan? Rileks :)

Sebenarnya, jika diikutkan bilangan hari puasa, kita dah boleh kira atau ramalkan bilakah tarikh munculnya anak bulan Syawal yang menandakan masuknya 1 Syawal yakni Hari Raya Aidilfitri laa :)

Ok, jadi jika dilihat berdasarkan kalendar takwim persekolahan 2012 dan cuti umum tahun 2012 yang mana telah diumumkan bahawa cuti hari raya tahun ini adalah pada 19 dan 20 Ogos 2012, maknanya hari Raya akan jatuh pada hari berkenaan.

Terbaik! Jom dengar lagu raya kat sini!
[Lagu Raya Best]



Salam Syawal daripada Harfiz dan Blog Perniagaan Internet ni! :)
P/s: Semoga berbahagia di samping keluarga tersayang...

Jangan lupa like fanpage Harfiz@Bizstudent di facebook dan share artikel mengenai pengumuman tarikh rasmi Hari Raya Puasa dan Aidilfitri 2012!

Thursday, August 16, 2012

Koleksi Kertas Soalan Percubaan PMR 2012

Koleksi Kertas Soalan Peperiksaan Percubaan PMR 2012 | Bank Soalan Ujian PMR 2012 | Soalan Trial Exam PMR 2012

        

Assalamualaikum dan salam sejahtera, entri kali ini bukan berkait dengan perniagaan internet, tapi berkenaan dengan info pendidikan negara kita iaitu mengenai koleksi kertas soalan peperiksaan percubaan PMR 2012. Diharap perkongsian ini dapat membantu calon-calon PMR tahun ini :)

Koleksi sekarang ni cuma untuk Kertas Soalan PMR Bahasa Melayu ,  Kertas Soalan PMR Bahasa Inggeris,  Kertas Soalan PMR Matematik,  Kertas Soalan PMR Sains,  dan Pendidikan Islam


Senarai :-

Selamat mengulangkaji pelajaran dan semoga terus berjaya buat adik-adik semua! :)

Wednesday, August 15, 2012

Motivasi Perniagaan Internet : Mulakan dengan Pay Per Lead!




Assalamualaikum dan salam sejahtera, dah lama Harfiz tak update mengenai perniagaan internet di blog ni kan?
Jadi hari ni nak kongsikan sedikit motivasi untuk yang baru bermula dalam bisnes online. Bagi yang baru nak bermula Harfiz cadangkan anda mulakan dengan program affiliate pay per lead dahulu, ianya agak mudah berbanding program affiliate pay per sale :)

Info tambahan: Apa itu pay per lead dan Apa itu Pay per sale

Kenapa mudah? Buktinya Harfiz baru sahaja dapat komisen RM14.50 melalui affiliate pay per lead (PPL) dengan hanya mempromosikannya di facebook , lebih tepat lagi fanpage :)
p/s: Alhamdulillah! Dapat Top 10 dalam PPL berkenaan .

Jadi kepada sesiapa yang masih ragu-ragu untuk mencuba perniagaan online / internet, elok anda cuba program affiliate PPL dahulu... ianya PERCUMA sahaja! :)
Sekian perkongsian kali ini, semoga terus sukses!


Tuesday, August 7, 2012

Cuti Berganti Hari Raya Aidilfitri 2012

Cuti Berganti Sempena Hari Raya Aidil Fitri 2012  Cuti Musim Perayaan Aidilfitri  | Tarikh Cuti Sekolah Sempena Raya Umum Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog perniagaan internet dan perkongsian ilmu ini, entri kali ini ringkas sahaja iaitu mengenai tarikh jadual cuti berganti sempena hari raya Aildilfitri tahun ini, 2012. Info ini diperoleh melalui website dan Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia.


Info ini amat penting terutamanya untuk golongan yang terlibat dengan institusi pendidikan Malaysia seperti, guru, pelajar sekolah, dan sebagainya.

P/s: Mesti 'happy' sebab dapat cuti kan? Salam Aidilfitri 2012! :)